KATA ALU-ALUAN
Y.A.B TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN
MENTERI PELAJARAN MALAYSIA
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua jawatan kuasa yang terlibat kerana berjayamenzahirkan Persidangan Guru Cemerlang 2010 ini dengan jayanya dalam satu pemuafakatan yang jitu bagi merealisasikan sebuah negara bangsa yang utuh dan cemerlang.
Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Guru turut akur dengan tuntutan perubahan nilai masa, justeru menyatukan semua elemen seperti tanggungjawab terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara sebagai keperluan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang berjaya.
Guru Cemerlang adalah suatu pengiktirafan pihak kerajaan untuk menghargai peranan yang telah dilaksanakan oleh golongan guru dalam menentukan hala tuju negara mengikut acuan yang kita perlukan. Kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besarnya adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan yang bertungkus lumus menyediakan modal insan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara dalam semua sektor.
Akhir kata, saya berharap agar MGC akan menjadi cerminan kepada semua guru di Malaysia bagi menterjemahkan hasrat dan harapan negara terhadap peranan mereka dalam dunia pendidikan. Saya juga yakin, rasa kasih sayang para pendidik kepada murid-murid boleh menghasilkan kesungguhan untuk mendidik dan membimbing mereka tanpa rasa jemu dan putus asa. Para pelajar yang ceria biasanya dihasilkan melalui kesungguhan, iltizam dan kreativiti para guru yang telah mendidik mereka.
“SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN”
TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Menteri Pelajaran Malaysia
KATA ALU-ALUAN
Y.BHG. DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD.DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam buku cenderamata Persidangan Guru Cemerlang 2010 ini. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih, dan tahniah kepada Majlis Guru Cemerlang (MGC) kerana telah berusaha sekali lagi untuk mengadakan majlis ini bagi tahun 2010.
Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada Majlis Guru Cemerlang kerana terus berdiri teguh dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Sesungguhnya usaha berterusan daripada MGC ini akan menjadi penyuntik semangat para guru untuk meningkatkan komitmen dan kecemerlangan mereka dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama. Jika hasrat ini tercapai akan lahirlah warga Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang yang akan merealisasikan hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020.
Sokongan dan sumbangan yang tidak ternilai daripada pihak kerajaan dalam apa-apa jua program yang diadakan oleh MGC akan memberi kesan dalam melahirkan generasi baru yang berupaya bersaing dalam era yang sangat mencabar ini. Sokongan daripada pihak kerajaaan akan membolehkan para guru terus mengorak langkah bagi membentuk wajah-wajah Malaysia melalui sistem pendidikan negara yang mantap berasaskan nilai dan budaya yang kita sanjungi.
Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa program sebegini akan menjadi dorongan dan perangsang kepada guru-guru untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Saya ingin menyeru kepada semua guru agar sentiasa bersyukur dan mengutamakan kecemerlangan dengan melahirkan modal insan yang berkualiti, berjiwa patriotik dan memahami tanggungjawab membina masa depan negara serta mempertahankan kemerdekaan tanah air.
“ SELAMAT MAJU JAYA”
DATO’HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD.DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kata Alu-Aluan
KATA ALU-ALUAN
Sokongan dan sumbangan yang tidak ternilai daripada para guru dalam apa-apa jua program yang diadakan di sekolah akan memberi kesan dalam melahirkan generasi baru yang berupaya bersaing dalam era yang sangat mencabar ini. Pihak kementerian sentiasa berdiri di belakaang para guru uhtuk terus mengorak langkah bagi membentuk wajah-wajah Malaysia melalui sistem pendidikan negara yang mantap berasaskan nilai dan budaya yang kita sanjungi.
Kata Alu-Aluan
Tiada kata secantik bahasa untuk saya menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya gambarkan perasaan. Dengan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, saya berdoa semoga kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab kita dalam merealisasikan kejayaan anak didik semua dengan penuh ikhlas, iltizam dan komitmen. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t. - Amin
Kata Alu-Aluan
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
Menteri Pelajaran Malaysia
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Tahniah kepada anak-anak pelajar generasi berilmu kerana berupaya berkolaborasi sebagai satu pasukan dalam menghasilkan majalah SINARAN yang mencerminkan wajah sekolah ini buat tatapan semua. Kesempurnaan dalam semua aspek perlu dititiberatkan kerana majalah ini akan menjadi medium rujukan terhadap segala perkembangan yang berlaku serta peristiwa suka duka yang terlakar di bumi SMK Iskandar Shah ini.
Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Malah ilmu menjadi prasyarat kepada pembikinan mana-mana tamadun yang pernah terbina di dunia. Menyedari hakikat pentingnya ilmu pengetahuan sebagai kandil penyuluh yang menerangi kegelitaan hidup, maka kerajaan telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) bertujuan untuk memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikaan berkualiti dan berkemampuan. Generasi muda negara kita hari ini perlu berilmu, mesti berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada antara bangsa yang penuh dengan cabaran.
Sekolah merupakan tapak semaian dalam menghasilkan modal insan cemerlang dan berketrampilan. Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan, setiap pendidik tidak dapat lari daripada pelbagai kemelut dan cabaran. Justeru, para pendidik perlu menggariskan sasaran khusus yang dapat diukur melalui Indeks Prestasi Utama (KPI) Saya percaya para pendidik telah pun bangkit dengan memperkemas segala prosedur, sumber dan tenaga dalam organisasi bagi mencapai sasaran KPI yang dipateri dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.
Semoga warga SMK Iskandar Shah akan terus mara kehadapan serta berjiwa kental dalam menghadapi transformasi pendidikan yang semakin kompleks dan bersifat global.
“SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN”
TAN SRI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Menteri Pelajaran Malaysia
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam Majalah SINARAN 2010 ini. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih, dan tahniah kepada Sidang Redaksi kerana telah berusaha sekali lagi untuk menerbitkaan majalah tahunan ini dengan gaya dan penampilan yang lebih inovatif dan kreatif.
Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada guru-guru SMKIS kerana terus berdiri teguh dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Sesungguhnya keikhlasan dalam melaksanakaan tugas dan usaha yang berterusan para guru akan menjadi azimat dalam meningkatkan komitmen dan kecemerlangan anda semua bagi melahirkan modal insan kelas pertama. Jika hasrat ini tercapai akan lahirlah warga Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang yang akan merealisasikan hasrat negara untuk mencapai Wawasan 2020.
Sokongan dan sumbangan yang tidak ternilai daripada para guru dalam apa-apa jua program yang diadakan di sekolah akan memberi kesan dalam melahirkan generasi baru yang berupaya bersaing dalam era yang sangat mencabar ini. Pihak kementerian sentiasa berdiri di belakaang para guru uhtuk terus mengorak langkah bagi membentuk wajah-wajah Malaysia melalui sistem pendidikan negara yang mantap berasaskan nilai dan budaya yang kita sanjungi.
Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa penerbitan majalah sekolah sebegini akan menjadi dorongan dan perangsang kepada para pelajar untuk mempamerkan bakat dan ketrampilan diri masing-masing dalam bidang penulisan. Saya ingin menyeru kepada semua warga SMK Iskandar Shah agar sentiasa bersyukur dan mengutamakan kecemerlangan akademik sebagai persediaan menghadapi dunia yang semakin mencabar masa ini. dengan melahirkan modal insan yang berkualiti, berjiwa patriotik dan memahami tanggungjawab membina masa depan negara serta mempertahankan kemerdekaan tanah air.
“ SELAMAT MAJU JAYA”
Datuk Abdul Ghafar bin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kata Alu-Aluan
Puan Hajah Zariyah bte Daud
Pengetua SMK Iskandar Shah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Segala puji-pujian hanya kepada Allah yang maha esa. Saya bersyukur yang tidak terhingga kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk melakar coretan dalam majalah SINARAN yang menjadi kebanggaan semua warga SMKIS ini. Kepada para pendidik dan anak-anak yang saya kasihi, semoga anda semua sentiasa berada di bawah naungan-Nya dan dapat mengharungi arus pendidikan yang kian menginjak ke hadapan pada satu tahap paradigm.
Warga SMKIS yang saya kasihi, bersesuaian dengan tuntutan transformasi pendidikasn masa ini, kini sekolah kita turut mengalami perubahan dalam satu fasa baru selangkah ke hadapan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah membuktikan bahawa kita mampu berdiri teguh dengan menghasilkan pelbagai kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Pencapaian membanggakan dalam peperiksaan penting seperti PMR, SPM dan STPM merupakan satu manifestasi bahawa kita semua sentiasa bekerja kuat dan gigih bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan sekolah kita.
Kepada para guru, sekalung tahniah dan rantaiaan penghargaan saya berikan kerana berjaya memimpin tangan anak-anak kita di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan. Sekolah kita semakin menghampiri misi dan visi yang kita sasarkan untuk menjadi sekolah gemilang negeri Melaka menjelang tahun 2015. Kita bukan sahaja ingin menjadikan anak-anak ini cemerlang akademik, tetapi juga cemerlang sahsiah, cemerlang peribadi dan mempunyai jati diri yang utuh lagi kental untuk berhadapan dengan arus globalisasi masa ini.
Tiada kata secantik bahasa untuk saya menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya gambarkan perasaan. Dengan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, saya berdoa semoga kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab kita dalam merealisasikan kejayaan anak didik semua dengan penuh ikhlas, iltizam dan komitmen. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t. - Amin
Sekali tinta mengalir…
Puan Hajah Zariyah bte Daud
*Teks Disediakan Oleh : En Sabar Hj Mohd.
GC Bahasa Melayu SMKIS.
KATA-KATA ALUAN
TEKS UCAPAN PENGETUA
Assalamualaikum w.r.b dan salam sejahtera.
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinNya jua kita sekali lagi dapat bersama-sama menyambut Hari Koperasi sekolah peringkat SMIKS. Untuk makluman anak-anak pelajar, Hari Koperasi Sekolah ini telah disambut oleh sekolah-sekolah seluruh Negara buat tahun ke enam mulai 1 hingga 30 Jun 2011. Tema Hari Koperasi pada tahun ini ialah “ 1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1 “ . Tema ini di pilih bagi menggambarkan kepada kita semua tentang kepentingan koperasi sebagai agen pembangunan ekonomi masyarakat. Hal ini adalah bersesuaian dengan koperasi yang telah diiktiraf sebagai sector ketiga selepas sector awam dan sector swasta.
Koperasi sekolah perlu diberikan perhatian bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam usaha membantu kerajaan menjayakan Dasar Koperasi Negara. Hal ini juga adalah selaras dengan aspirasi Model Baru Ekonomi dan Pelan Transformasi Ekonomi yang turut memberi fokus kepada sector perkhidmatan dan kepenggunaan bagi memastikan Malaysia dapat dipacu kearah menjadi sebuah Negara berpendapatan tinggi pada masa hadapan Justeru itu, kerajaan percaya bahawa koperasi sekolah mampu menjadi landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insane Negara di dalam bidang keusahawanan.
Para guru dan anak-anak pelajar sekalian,
Saya berharap agar Hari Koperasi dan Kantin yang diadakan di peringkat sekolah kita pada hari ini mampu digunakan sepenuhnya sebagai wahana untuk memperkembang kebolehan dan bakat anak-anak pelajar dalam pelbagai bidang terutamanya bidang keusahawanan. Pelajar-pelajar perlu ingat, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita bukanlah hanya mementingkan keuntungan semata-mata tetapi terdapat nilai yang lebih penting daripada itu iaitu kejujuran, keprihatin, kegigihan dan kualiti perkhidmatan yang kita tawarkan. Ini merupakan ciri terpenting dalam menjayakan hasrat kerajaan untuk melonjakkan ekonomi Negara pada masa hadapan. Peranan yang dimainkan oleh koperasi sekolah kini bukan sahaja untuk menerapkan prinsip-prinsip dan jati diri koperasi tetapi perlu di selaraskan supaya anak-anak pelajar menjadi insane yang seimbang dan sempurna.
Anak-anak pelajar sekalian,
Adalah menjadi harapan saya, peluang ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua anggota koperasi sekolah ini kerana andalah yang akan mengisi ruang kepimpinan koperasi dan usahawan pada masa hadapan. Hal ini juga bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan anak-anak pelajar menceburi bidang keusahawanan apabila tamat pengajian dan menceburi sector pekerjaan kelak. Saya percaya, dengan pemikiran yang kreatif akan menjadikan anggota koperasi sebagai seorang pengguna yang sentiasa peka terhadap aspirasi kerajaan dan bertindak balas secara rasional kepada persekitaran kepenggunaannya.
Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada warga kerja Hari Koperasi dan kantin SMK Iskandar Shah 2011 dan semua warga SMKIS kerana telah berjaya merealisasikan majlis ini dengan sesempurna yang mungkin. Kepada anak-anak pelajar, ambillah peluang ini sebaik mungkin sebagai satu pembelajaran di luar bilik darjah yang akan mematang dan mendewasakan kamu semua.
Akhir kata, “ 1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1 “. Selamat meyambut Hari Koperasi.
Sekian, terima kasih
TEKS UCAPAN
PN.HAJAH ZARIAH BTE DAUD
PENGETUA SMK ISKANDAR SHAH, JASIN,MELAKA
SEMPENA PROGRAM JUARA RAKYAT 1MALAYSIA
Terima kasih saudara/i pengerusi majlis,
Yang Berhormat
Dato’ Wira Hj.Ahmad bin Hamzah,
Ahli Parlimen Jasin
Yang Berbahagia
Tn.Hj.Seman bin Derus,
Pengerusi Biro Pelajaran dan Pendidikan Tinggi,
UMNO Bahagian Jasin,
Yang Berusaha,
En.Yusof bin Ahmad,
Pegawai Pelajaran Daerah Jasin,
Tn.Hj.Muslim bin
Pengerusi PIBG SMKIS,
Guru-Guru Penolong Kanan,
Ketua-Ketua Bidang,
Guru-guru, serta anak-anak pelajar yang dikasihi .
Assalamualaikum w.r.b dan salam sejahtera.
Jauh merarau si burung bayan
Pulang bersarang di tepi rimba
Secangkir budi menjadi kenangan,
Hati yang ikhlas terpahat di jiwa
Justeru saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah s.w.t atas keikhlasan dan kesudian Yang berhormat Dato’ untuk meraikan warga SMK Iskandar Shah yang julung-julug kalinya melakar sejarah dengan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah rendah 2010 baru-baru ini.
Yang Berhormat Dato’ dan para hadirin yang saya hormati,
Benarlah bicara pujangga,
‘Fikiran membawa kepada pekerjaan, pekerjaan membawa kepada kejayaan, dan kejayaan membawa kepada impian’.
Hal ini telah dibuktikan oleh semua anak-anak pelajar yang berada di dalam dewan ini kerana kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak pelajar bukanlah datang secara bergolek atau dengan ayunan mimpi yang tidak berkesudahan, sebaliknya kejayaan anak-anak semua adalah hasil keringat serta keazaman yang tinggi dengan bersulamkan pengorbanan dan kegigihan yang tidak pernah jemu untuk merealisasikan kejayaan yang diimpikan. Kini kejayaan yang anak-anak semua idaam-idamkan itu telah pun menjadi kenyataan, namun anak-anak pelajar harus sentiasa bermuhasabah diri, supaya tidak pula leka dilambung keseronokan lantaran terlampau teruja dengan kejayaan kecil yang diperoleh. Sebaliknya, anak-anak didik SMKIS semua, perlulah menjadikan kejayaan itu sebagai titik permulaan kepada satu kejayaan yang lebih besar iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang bakal menjelma pada tahun hadapan.
Yang berhormat Dato’ dan hadirin sekalian,
Seoarng cendekiawan barat ada mengatakan bahawa :
“Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal dalam kehidupan ,kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu usaha!.”
Bertitik tolak daripada kata-kata itulah, Warga SMKIS telah mengorak langkah dengan pelbagai program dan aktiviti pembelajaran tanpa mengira masa, sama ada selepas tamat waktu persekolahan, pada hujung minggu atau pasa masa cuti penggal. Istilah jemu atau penat tidak pernah wujud dalam kamus warga SMKIS. Pelbagai program akademik telah disusun dan dilaksanakan. Antara program kecemerlangan tersebut adalah seperti Elite Bitara, Permata Bitara dan Bitara 3. Elit Bitara bertujuan untuk menggilap pelajar-pelajar potensi street ‘A’ bagi memastikan mereka dapat merealisasikan sasaran atau target, manakala program Permata Bitara serta Bitara 3 pula telah memperlihatkan guru-guru yang terlibat bertungkus lumus mengenalpasti kelemahan pelajar-pelajar dan membimbing mereka untuk mengatasi kelemahan tersebut.
Walau ‘apa’ dan ‘siapa’ sekalipun program serta kumpulan sasarannya,
yang jelas segala usaha murni pihak sekolah tersebut telah mendukung matlamat serampang dua mata iaitu melahirkan pelajar-pelajar cemerlang akademik dan menyediakan modal insan yang berhemah serta bersahsiah tinggi. Hasrat dan keinginan pihak sekolah untuk melihat kejayaan anak-anak di sekolah ini begitu tebal dan menggunung, semuanya telah diterjemahkan dengan keringat dan tenaga di samping meluangkan begitu banyak masa untuk mendampingi anak-anak ini. Alhamdulillah, berkat kegigihan dan kekuatan mental anak-anak pelajar mengharungi semua cabaran, berkat doa dan sokongan padu daripada ibu bapa kepada pihak sekolah, akhirnya kita dapat membuktikan bahawa anak-anak pelajar yang terdidik di bumi Iskandar Shah ini mampu bersaing dengan pelajar-pelajar dari sekolah elite.
Yang Berhormat Dato’ dan hadirin sekalian,
Pada masa ini, di kaca televisyen kita selalu dihidangkan dengan sebuah program hiburan ‘Mentor’ yang bertujuan mencungkil bakat anak-anak remaja menjadi penghibur atau penyanyi. Maka kita akan mendapati, berduyun-duyunlah anak-anak remaja kita menawarkan diri mereka untuk diuji dan menjadi protégé mentor kesukaan mereka. Kita juga dapat melihat begitu ramai ibu bapa yang sanggup menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit demi mencapai hasrat supaya anak-anak mereka menjadi penyanyi suatu masa kelak.
Sebaliknya, di SMK Iskandar Shah ini, kami turut mempunyai ramai mentor yang bersedia mencurahkan ilmu kepada anak-anak kita. Perbezaannya, mentor-mentor di sekolah ini, adalah terdiri daripada guru- guru yang secara sukarela telah menjadi ibu atau bapa angkat kepada sekumpulan anak-anak pelajar yang akademiknya berada pada tahap begitu sederhana tetapi mempunyai potensi untuk cemerlang jika dibimbing dan diberi perhatian yang sewajar. Anak-anak ini telah ‘dipimpin’supaya sentiasa menyedari ruang dan peluang agar matlamat dan hala tuju mereka dalam pelajaran dapat dicapai.
Program ini yang dinamakan ‘Program Budi’ telah berlangsung sejak beberapa tahun yang lalu, yang membolehkan pelajar-pelajar tersebut berkongsi idea atau berkongsi masalah yang mereka hadapi dengan mentor masing-masing supaya tiada lagi kekangan yang menghalang tumpuan merka terhadap pelajaran. Mentor-mentor ini juga sentiasa memantau perkembangan pelajaran anak-anak angkat mereka serta sentiasa member tips, nasihat, dan galakan yang merangsang keinginan anak-anak untuk berjaya.
Saya pasti, anak-anak pelajar kini semakin mengerti jika kamu semua sentiasa dileteri atau ditegur oleh ibu bapa angkat masing-masing kerana anak-anak pelajar yang berada di hadapan saya kini, mula menyedari bahawa leteran dan teguran itu adalah umpama jadam yang sangat pahit untuk ditelan tetapi kemudiannya menjadi penawar yang sangat mujarab.Justeru anak-anak sekalian, ingatlah bahawa tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat dan kata-kata yang mengarah pada kebaikan.
Yang Berhormat Dato’ dan para hadirin sekalian,
Secara jujurnya, kami warga SMKIS ingin menjelaskan bahawa bukanlah sanjungan atau pujian melangit yang kami harapkan. Sebagai warga pendidik, sanjungan dan pujian melangit sebenarnya amat menakutkan kerana bimbang sesekali jatuh terhempas, sakitnya akan menular kesaraf yang paling dalam. Apa yang kami mohonkan adalah sokongan padu daripada semua pihak sama ada dalam bentuk moral, spiritual mahupun material supaya kami dapat melaksanakan komitmen sebagai pendidik dengan sempurna dan dapat melahirkan lebih ramai anak-anak didik kelahiran SMKIS yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Kepada anak-anak pelajar yang saya kasihi, renung dan fikirkan kata-kata saya ini, iaitu :
Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain, bukanlah kerana kekurangan kekuatan, atau kekurangan ilmu, tetapi perbezaan itu terletak kepada kekurangan ‘kesungguhan’ dan ‘kemahuan’
Oleh itu, saya sangat berharap agar api ‘kesungguhan’ dan ‘kemahuan’ yang menyala dalam jiwa anak-anak semua tidak akan pernah padam, sebaliknya terus menyala dan panasnya hingga ke penghujung perjalanan.
Cuaca redup di tepi muara,
Angin Barat bertiup nyaman,
Bahtera hidup kemudinya usaha
Tanamkan kudrat pada keazaman.
Angin Barat bertiup nyaman,
Burung gagak terbang ke rimba,
Tanamkan kudrat pada keazaman,
Bulan tidak jatuh ke riba.
Saya akhiri ucapan saya dengan lafaz Assalamualaikum w.r.b. Terima kasih.