Kemalangan di jalan raya merupakan satu tragedi yang begitu banyak meragut nyawa manusia. Walau pun pelbagai kempen keselamatan di jalan raya telah diuar-uarkan, namun angka tragedi tersebut terus meningkat hingga membimbangkan banyak pihak.
Salah satu cara untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya adalah dengan memastikan kondisi kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik. Kenderaan hendaklah di servis secara berkala supaya tayar, brek, lampu isyarat dan enjin dapat berfungsi dengan sempurna. Selain itu, kita jangan sesekali memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Sekiranya kita memandu di lebuh raya, kita perlulah berhenti untuk merehatkan badan di kawasan ‘Rehat dan Rawat’ (R&R) yang disediakan.
Sebagai pemandu yang berhemah, kita seharusnya sentiasa mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Memandu melebihi had laju menyebabkan kita sukar untuk mengawal kenderaan apabila berhadapan dengan sesuatu kecemasan secara tiba-tiba. Pihak polis pula perlulah sentiasa melancarkan pelbagai operasi dan mengenakan kompaun yang setimpal terhadap pesalah jalan raya. Operasi’ Ops Sikap’ merupakan antara langkah berkesan yang telah dijalankan bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara kita.
Konklusinya, kemalangan dapat dielakkan sekiranya kita semua dapat mengawal emosi ketika berada di jalan raya.
( 126 patah perkataan )
No comments:
Post a Comment