Amalan gaya hidup sihat perlu dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat. Antara amala yang perlu dilakukan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang, melakukan senaman dan sebagainya.
Kita perlu mengambil makanan yang seimbang dan memperbanyak pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam diet seharian.Hal ini penting kerana pemakanan yang seimbang akan mengelakkan kita daripada mengalami obesiti dan pelbagai penyakit kronik. Pemeriksaan kesihatan secara berkala juga perlu dilakukan. Tujuannya adalah untuk memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Kita juga perlu bergiat aktif dalam persatuan atau pasukan beruniform. Melalui kegiatan ini , kita dapat mengisi masa lapang scara berfaedah di samping mempunyai kenalan dan sahabat yang ramai. Amalan gaya hidup sihat dapat melahirkan golongan masyarakat yang aktif dan berkualiti untuk menyumbang kepada pembanguna negara.
Tuntasnya, kita semua perlu mengamalkan gaya hidup sihat supaya kehidupan menjadi lebih bermakna dan ceria.
(128 patah perkataan )
(128 patah perkataan )
No comments:
Post a Comment