Saturday, 9 June 2012

Karangan Tingkatan 3: Kelebihan Pasar Malam




            Pasar malam selalunya diadakan pada setiap minggu di sesebuah tempat. Tujuannya adalah untuk member kemudahan kepada orang ramai untuk membeli barang-barang keperluaan harian.
           
            Terdapat pelbagai barang  dijual di pasar malam seperti sayur-sayuran, buah-buahan, makanan dan lain-lain. Barang-barang yang dijual di pasar malam juga biasanya lebih segar berbanding di pasar raya. Hal ini memberi kepuasan dan kemudahan kepada orang ramai untuk membuat pilihan terhadap apa-apa yang mereka inginkan.
           
         Orang ramai juga boleh tawar menawar sewaktu membeli barangan. Keadaan ini berbeza jika mereka berbelanja di pasar raya. Pengguna hanya akan membeli sesuatu barang sekiranya mereka berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Tambahan pula, barang-barang yang dijual di pasar malam mempunyai harga yang lebih murah dan mampu dibeli oleh pengguna yang berpendapatan rendah. Secara tidak langsung mereka dapat berjimat cermat ketika berbelanja.
           
       Kesimpulannya, pasar malam masih relevan pada masa ini dan perlu diteruskan bagi memudahkan para pengguna.
                                                                                                                  ( 129 patah perkataan )    

1 comment: