Karangan Respon Terbuka [40 markah]
Sektor pelancongan banyak memberi faedah kepada negara. Tuliskan pendapat anda.
PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASA
Perkara | Ayat |
Isu | Kini,ekonomi negara Malaysia banyak bergantung kepada industri pelancongan. |
Ulasan isu | Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila Kementerian Pelancongan telah melancarkan pelbagai program untuk menarik pelancong berkunjung ke negara ini. |
Isu masa ini | Saban tahun pelancong asing mahupun tempatan akan datang melawat ke negara ini. |
Hala tuju | Tentunya pelbagai faedah diperoleh oleh kerajaan daripada sektor pelancongan ini. |
PENGEMBANGAN ISI PERTAMA
Perkara | Ayat |
Apa(Isi) | Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada pendapatan negara sehingga kini. |
Mengapa | Hal ini berlaku demikian kerana darmawisata yang datang ke negara ini akan membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk berbelanja. |
Bagaimana/ Kesan | Secara langsung, situasi ini akan menjana ekonomi negara. |
Contoh | Sebagai contoh, darmawisata-darmawisata tersebut akan menyewa hotel dan membeli barangan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. |
Penegasan | Sememangnya kedatangan para darmawisata ini telah merancakkan lagi kegiatan ekonomi negara. |
PENGEMBANGAN ISI KEDUA
Perkara | Ayat |
Apa | Selain itu, sektor pelancongan juga turut akan menjadikan negara kita terkenal di mata dunia. |
Mengapa | Hal ini berlaku demikian kerana para pelancong yang berkunjung ke negara ini pastinya akan menceritakan kepada kenalan mereka tentang pengalaman mereka ketika berada di negara ini. |
Bagaimana/ Kesan | Sehubungan dengan itu, tentulah mereka akan berasa teruja untuk datang ke negara ini. |
Contoh | Sebagai contoh, mereka akan turut mempromosikan kepada kenalan mereka tentang tempat-tempat yang menarik yang telah mereka kunjungi semasa melancong di negara ini. |
Penegasan | Melalui promosi secara tidak formal ini tentunya akan secara tidak langsung mempopularkan nama negara kita dalam kalangan mereka. |
PENGEMBANGAN ISI KETIGA
Perkara | Ayat |
Apa | Di samping itu, industri pelancongan telah memberi impak yang besar kepada pembangunan infrastruktur di kawasan-kawasan terpencil di luar bandar. |
Mengapa | Hal ini berlaku demikian kerana ramai pelancong dari luar negara khususnya gemar melancong di kawasan yang jauh dari kesibukan |
Bagaimana/ Kesan | Dengan ini, banyak kemudahan infrastruktur akan disediakan oleh pihak pemaju di kawasan tersebut untuk keselesaan para pelancong. |
Contoh | Tamsilnya, pihak pemaju akan membina chalet, jalan raya, perkhidmatan telekomunikasi dan sebagainya. |
Penegasan | Sehubungan dengan itu, kawasan yang dahulu jauh daripada pembangunan tentunya akan menerima tempias dan sekaligus dapat membantu penduduk-penduduk sekitarnya merasai nikmat pembangunan. |
PENUTUP
Perkara | Ayat |
Kesimpulan/ Rumusan | Tuntasnya, perkembangan industri pelancongan bagai cendawan tumbuh selepas hujan ini sememangnya memberi banyak faedah kepada negara. |
Cadangan | Lantaran itu, pihak berkenaan haruslah mengambil langkah sewajarnya untuk mengekalkan keunikan yang ada di negara kita supaya terus menjadi destinasi utama para pelancong. |
Harapan | Dengan ini, sektor ini akan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan negara. |
Pendirian | Jelaslah bahawa industri pelancongan ini memberikan manfaat yang besar kepada negara dan juga rakyat di negara ini. |
No comments:
Post a Comment