Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan awam untuk kegunaan orang ramai. Antara kemudahan tersebut ialah lampu jalan raya, pondok telefon, pondok menunggu bas dan sebagainya.
Lampu jalan dapat menerangi kawasaan sekitar terutamanya di sepanjang jalan raya. Kejadian kemalangan dapat dikurangkan kerana pemandu dapat melihat dengan jelas. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan pondok menunggu bas di merata-rata tempat. Hal ini dapat memudahkan orang ramai serta melindungi mereka daripada panas dan hujan.
Pondok telefon pula bertujuan untuk membolehkan orang awam membuat panggilan telefon terutamanya pada waktu kecemasan. Pada masa ini, pihak kerajaan telah memperbanyak bilangan kenderaan awam seperti bas, LRT dan sebagainya. Kemudahan pengangkutan awam ini dapat mengurangkan bilangan kenderaan yang semakin meningkat dijalan raya. Secara tidak langsung kesesakan di jalan raya dapat dikurangkan.
Konklusinya, kita perlulah menjaga kemudahan awam demi kepentingan semua ahli masyarakat di negara kita.
( 128 patah perkataan )
Like it
ReplyDelete