Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada masa ini. Antara jenis permainan tradisonal yang ada di negara kita ialah wau, gasing, congkak dan sebagainya.
Pada masa dahulu, permainan tradisional telah dijadikan sebagai sumber hiburan kepada masyarakat. Contohnya, pertunjukan permainan tradisional diadakan semasa sesuaatu majlis keramaian atau semasa pesta kebudayaan. Hal ini dapat member hiburan kepada orang ramai di samping memupuk minat mereka terhadap permainan tradisional.
Permainan tradisional perlu dikekalkan kerana mempunyai keunikan yang tersendiri. Pihak sekolah haruslah menubuhkan Kelab Permainan Tradisional bagi mendedahkan generasi muda dengan pelbagai jenis permainan tersebut. Melalui kelab tersebut, pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara sesuatu permainan itu dimainkan.
Pihak media massa perlu memainkan peranan dengan menyiarkan rancangan yang berkisar tentang permainan tradisonal. Langkah tersebut sudah pasti dapat menarik perhatian golongan muda untuk mengenali permainan tradisional.
Konklusinya, permainan tradisional perlu dikekalkan supaya warisan nenek moyang ini tidak luput ditelan zaman.
( 128 patah perkataan )
ada yg lain lagi tak?
ReplyDeletepussio
ReplyDelete