T.Juruacara

 Mesyuarat Agong  PIBG SMKIS/2011

Yang Berhormat
En.Mohd Yazed bin Khamis,
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka ( kawasan Rim),
Merangkap Timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Melaka,

Yang Berbahagia,
____________________________
Pegawai Pendidikan Daerah Jasin,


Yang Berbahagia,
Tn.Hj.Muslim bin Md.Shah,
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SMKIS

Yang Berusaha
Pn.Hjh.Zariyah bte Daud
Pengetua SMKIS,

Ahli-ahli Jawatan Kuasa PIBG/SMKIS sesi 2009/2010,

Guru-Guru Penolong Kanan, Ketua-Ketua Bidang,

Guru-guru, para ibu bapa , hadirin-hadirat

Anak-anak didik  cemerlang yang dikasihi.

Assalamualaikum w.r.b/ Salam Sejahtera

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat dari Nya juga… pada hari ini, pada saat ini kita sekali lagi dipinjamkan kesihatan yang baik untuk bertemu dan berkumpul di dewan indah ini bagi menjayakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke 37 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik   2011.



Yang Berhormat , Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

Dunia pendidikan hari ini semakin kompleks dan mencabar.  Kemuliaan dan darjat seseorang bukan lagi diukur pada berapa banyak  wang ringgit serta  kekayaan yang mereka ada,   atau pada kedudukan serta pangkat  yang mereka sandang,
Tetapi sistem nilai dalam masyarakat telah mengalami perubahan dan anjakan,
dengan menjadikan ilmu serta tahap pendidikan di tempat teratas.


Sebelum kata tersusun jauh, sebelum bicara terus dikhabarkan, kita mulakan majlis ini dengan menjemput Ustaz Anuar bin Muhammad, untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


Yang berhormat  dan hadirin sekalian,
Seorang cendekiawan barat ada mengatakan bahawa :
Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal dalam kehidupan ,kerana  kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu  usaha!.”

Pihak Warga SMKIS sangat berbesar hati dan merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kesungguhan dan komitmen yang anda semua berikan untuk menjayakan majlis ini. Sudah pasti, kami melihat kehadiran tuan/puan sebagai sesuatu yang sangat bermakna serta menjadi tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan pendidikan anak-anak kita di sekolah tercinta ini.


Cuaca redup di tepi muara,
Angin Barat bertiup nyaman,
Bahtera hidup kemudinya usaha
Tanamkan kudrat pada keazaman.



Yang berhormat Dato/Hadirin yang di hormati,

Acara diteruskan, majlis dengan hormatnya menjemput Pn.Hjh.Zariyah bte Daud,
Pengetua SMK Iskandar Shah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.

……………………………………………………………………………………………………………………………..
Hadirin yang dihormati,
Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain, bukanlah kerana kekurangan kekuatan,atau kekurangan ilmu, tetapi perbezaan itu terletak pada kekurangan ‘kesungguhan’ dan ‘kemahuan’

 Kata-kata keramat itulah yang sering kita lontarkan kepada anak-anak didik di sini kerana kita sedar bahawa mereka sememangnya telah mempunyai kekuatan untuk menghadapi cabaran dunia pendidikan berkat daripada sokongan dan dorongan yang telah para ibu bapa berikan.

Oleh itu, kita sangat berharap agar api ‘kesungguhan’ dan ‘kemahuan’ yang menyala dalam jiwa anak-anak ini tidak akan pernah padam, sebaliknya terus menyala dan panasnya hingga ke penghujung perjalanan.
_________________________________________________________________
Hadirin yang dihormati,
Jauh merarau si burung bayan
Pulang  bersarang di tepi rimba
Secangkir budi menjadi ingatan,
Hati yang ikhlas terpahat di jiwa

Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakaan, Yang Dipertua PIBG  yang baharu, iaitu Yang Berbahagia _________________________________
Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.
……………………………………………………………………………………………………………………….

Yang Berhormat /Hadirin yang dihormati

Tibalah masa yang kita nanti-nantikan, untuk mendengar ucapan  daripada Yang Berhormat  : En.Mohd Yazed bin  Khamis, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka Kawasan Rim, merangkap Timbalan Pengerusi Masjlis Agama Islam Negeri Melaka seterusnya merasmikan  Mesyuarat Agung PIBG SMKIS kali ke 37 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011.

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan menjadi kenangan

Ayam rintik di pinggir hutan,
Ayam serama si ayam jantan
Nama yang baik jadi ingatan
Bertahun-tahun jadi sebutan



………………………………………………………………………………………………………………………..

Hadirin yang dihormati,

Kita rehatkan minda dengan menikmati sajian persembahan oleh pelajar-pelajar berbakat SMKIS yang akan menghidangkan beberapa persembahan sebagai halwa telinga kita bersama. Persembahan pertama ialah Puisi dan Lagu Berjudul :
 Dirgahayu 1Malaysia di Persada Dunia.

Untuk makluman tuan-tuan/puan-puan, kumpulan ini telah muncul sebagai juara peringkat daerah Jasin dan Peringkat negeri Melaka pada 2010, serta mewakili Negeri Melaka ke Peringkat Kebangsaan di Labuan, Sabah.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Sajak itu tadi telah ditulis oleh En.Sabar Hj.Mohd, dan Lagu Puisi hasil gubahan En.Nasharudin bin Nasib


Persembahan seterusnya, merupakan satu kolaborasi antara guru dan pelajar yang akan menyampaikan sebuah lagu nasyid berjudul : Kerlipan Cinta
Persembahan ini didedikasikan khas untuk En Rahman bin Wahid, S/Usaha PIBG SMKIS yang akan bersara bermula pada minggu hadapan.

Dipersilakan Pelajar-pelajar 3RK1 dan En.Nasharudin Nasib , bersama-sama penyanyi jemputannya En.Sabar Hj.Mohd.


…………………………………………………………………………………………………………….

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita telah pun sampai ke kemuncak majlis, untuk menyaksikan Upacara Penyampaian Hadiah kepada Pelajar-pelajar Cemerlang dalam peperiksaan Penilaian MenengahRendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia tahun 2010.

Bagi menyempurnakan acara tersebut, Majlis dengan hormatnya menjemput Pn.Hjh.Zariyah Bte Daud untuk  mengiringi Yang Berhormat En Mohd Yazid  bin Khamis  bagi menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Cuaca redup di tepi muara,
Angin Barat bertiup nyaman,
Bahtera hidup kemudinya usaha
Tanamkan kudrat pada keazaman.

Angin Barat bertiup nyaman,
Burung gagak terbang ke rimba,
Tanamkan kudrat pada keazaman,
Bulan tidak jatuh ke riba.


Teks disediakan oleh : En Sabar Hj Mohd.
GC Bahasa Melayu SMKIS


MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN OLAHRAGA BALAPAN DAN PADANG MSS KAWASAN JASIN KALI KE 36, TAHUN 2011
Ø  
Mengumunkan ketibaan Y.B Chua Kheng Hwa, ADUN Kawasan Bemban dengan diiringi Pengerusi kejohanan dan Pegawai-pegawai kejohanan.
Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya
……………………………………………………………………………………………….
Ø  Yang Berhormat En.Chua Kheng Hwa
ADUN Kawasan Bemban

Ø  Yang Berbahagia
En.Siew  Hong Chong
Penyelia Sukan PPD Jasin

Ø  Yang Berusaha
En.Mazlan bin Azam
Pengetua SMK Jasin
Merangkap: Pengerusi Kejohanan Olahraga MSS Kawasan Jasin
                           Kali ke 36

Ø  En.Rosli bin Karim
Guru Besar SK Kesang Tua

Ø  Tn.Hj.Hairuddin bin Tamin
Guru Besar SK Chinchin
Merangkap : Pengerusi Bersama Kejohanan Olahraga

Ø  Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah
Ø  Pengetua-Pengetua, Sekolah Menengah Kawasan Jasin
Ø  Guru Besar-Guru Besar, Sekolah Rendah Kawasan Jasin,
Ø  Pengerusi Teknik Olahraga Mss Kawasan Jasin,
Ø  Pegawai-pegawai Kejohanan
Ø  Ketua-Ketua Kontingen
Ø  Guru-Guru Pengiring,
Ø  Para Athlit dan anak-anak pelajar yang dikasihi,
Assalamualaikum w.r.b , salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Selamat datang ke majlis perasmian
Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kawasan Jasin
Kali ke 36, Tahun 2011

Tuan-tuan dan puan-puan,
Ø  Acara dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik iaitu
Lagu Negaraku, dan Melaka Maju Jaya
Semua hadirin diminta berdiri.
……………………………………………………………………………………………..
Tuan-tuan  dan Puan-puan,
Ø  Pembuka tirai kejohanan kali ke 36 ini, kita teruskan dengan Perbarisan Lintas Hormat daripada pasukan unit berunifom dan semua kontingen yang mengambil bahagian. 
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En.Mazlan bin Azam selaku Pengerusi Kejohanan mengiringi Y.B En.Chua Kheng Hwa tampil ke hadapan pentas untuk menerima tabik hormat kontingen-kontingen kejohanan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi terimakasih atas kesudian Yang Berhormat menerima tabik hormat daripada semua kontingen sebentar tadi.
………………………………………………………………………………………………..

Sireh pinang berlipat tiga
Sirih dibawa ke Indrapura
Selamat datang bersua muka
Ke majlis yang indah penuh ceria


Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
Ø  Pihak pengelola sekali lagi mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Balapan dan Padang, MSS Kawasan Jasin kali ke 32.  Untuk makluman hadirin sekalian, pada tahun ini, SMK Jasin telah diberi mandat untuk  berkolaborasi dengan SK Kesang Tua dan SK Chinchin bagi merealisasikan Kejohanan yang buat julung-julung kalinya diadakan di Stadium UTeM, Durian Tunggal, Melaka.

Kami berharap semua athlit dan ketua-ketua kontingen dapat bertanding dengan penuh semangat kesukanan serta akur dengan peraturan-peraturan yang termaktub dan telah ditetapkan.

Ø  Untuk mendapatkan keberkatan dan semoga kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna, Majlis dengan hormatnya menjemput : Ustaz Faisol bin Sheikh Mohamad,
Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
……………………………………………………………………………………………………
Hadirin yang dihormati,
Ø  Meneruskan acara kita pada petang ini ialah upacara menaikkan Bendera kejohanan yang akan disempurnakan oleh Pasukan Kadet Polis SMK Jasin yang diketuai oleh Koperal Kadet Nurul Ifliati bt Md.Isa.

……………………………………………………………………………………………………
Ø  Acara diteruskan dengan Lafaz Ikrar Kejohanan yang akan diketuai
Oleh : Mohamad Annafi bin Idris.
Untuk makluman hadirin , Mohd Annafi bin Idris merupakan Olahragawan Terbaik Lelaki bawah 15 tahun
dalam Kejohanan Olahraga Mss Kaw.Jasin 2010.


……………………………………………………………………………………………………..
         Tuan-tuan/Puan-puan Sekalian,
Ø  Kita teruskan majlis dengan menjemput Yang Berusaha En.Mazlan bin Azam, Pengetua SMK Jasin, merangkap Pengerusi Pengelola Kejohanan untuk menyampaikan ucapan.
Dengan sukacitanya dipersilakan.

……………………………………………………………………………………………………
Ø  Saat yang ditunggu telahpun tiba,
Ucapan perasmian mengisi agenda,
Untuk itu, majlis dengan penuh takzim menjemput
Yang Berhormat En.Chua Kheng Hwa,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban
Untuk menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Kaw.Jasin kali ke 36.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan perasmian itu tadi.
…………………………………………………………………………………………………….
Ø  Sebagai gimik tanda rasminya Kejohanan Balapan dan Padang MSS Kaw.Jasin,  Sekali lagi dipersilakan, Yang Berhormat untuk tampil bagi melepaskan ……..ekor burung merpati, menandakan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Kawasan Jasin kali ke 36, bermula dengan rasminya.

Terima kasih diucapakan kepada Yang Berhormat.
…………………………………………………………………………………………………….
Hadirin yang dihormati,
Ø  Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar para kontingen kejohanan.

Sementara itu, kita akan disajikan dengan persembahan Taekwando oleh pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kesang Tua.
Hadirin Sekalian,
Ø  Kita saksikan pula Persembahan Senam Seni yang akan disampaikan oleh pelajar-pelajar dari Kelab Persembahan dan Kebudayaan, SMK Jasin.

Demikian tadi, persembahan Senam seni oleh kelab Persembahan dan Kebudayaan, SMK Jasin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.
………………………………………………………………………………………………………
Ø  Sebagai tanda terima kasih atas kesudian yang berhormat untuk bersama-sama kami pada petang ini, serta merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSS kaw.Jasin kali ke 36, Dipersilakan En.Mazlan bin Azam, Pengetua SMK Jasin untuk menyampaikan cenderamata kepada yang berhormat En.Chua Kheng Hwa.

Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah majlis Perasmian Kejohanan Balapan dan Padang Majlis sukan Sekolaah-sekolah kawasan jasin kali ke 36, tahun 2011.
………………………………………………………………………………………………………

Ø  Untuk itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan yang Berusaha En.mazlan bin Azam untuk menjemput dan mengiringi Yang berhormat ke jamuan ringan.Dipersilakan.

Saya serahkan majlis seterusnya kepada juruacara bertugas bagi meneruskan acara-acara kejohanan yang akan dipertandingkan pada petang ini..


 MAJLIS KHATAM AL-Quran 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berusaha : Tn.Hj.Zolkaply bin  Yunus
Pengetua SMKIS

Pn.Hamidah bte Jasmani
GPK 1 SMKIS

En.Zaid bin Taib
GPK HEM SMKIS

En.Amran bin Ghazali
GPK KOKU SMKIS

Jawatan Kuasa Kerja majlis Khatam Al-Quran,

Guru-guru dan anak-anak pelajar yang dikasihi,

Assalamualaikum w.r.b

Selamat Menjalani Ibadat Puasa dan Selamat menyambul Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelma, hanya beberapa hari sahaja lagi.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al- Quran Peringkat SMK iskandar Shah sempena bulan Ramadhan Al-mubarak 1432Hijrah bersamaan tahun masihi 2011.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan  atas kehadiran Yang Berusaha Tuan Haji Zolkaply bin Yunus,Pengetua SMK Iskandar Shah, Guru-guru dan anak-anak didik sekalian untuk sama-sama menghangatkan majlis yang penuh barakah ini.

Rasanya telah agak lama kita tidak dapat berkumpul dalam suasana yang ceria seperti ini, bersama-sama mengimarahkan lagi  bulan  Ramadhan yang penuh keberkatan  secara beramai-ramai.  Justeru kita bersyukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada Tuan Pengetua kita, Tn.Hj.Zolkaply bin yunus yang telah mencadangkan agar majlis Khatam Al-Quran ini disempurnakan dalam suasana semangat kekeluargaan yang utuh  di dewan smk Iskandar shah tercinta ini. yang walaupun begitu sederhana tetapi kegembiraan dan kemeriahannya telah terpancar pada wajah anak-anak didik semua. 

Majlis ini merupakan majlis ilmu yang tidak akan dapat anak-anak peroleh di di dalam bilik darjah. Semoga majlis ini akan dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya memartabatkaan Al-Quran ke tahap tertinggi dan di jadikan petunjuk dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Al Quran diturunkan sebagaai penyuluh
Menerangi hati membuka rahmat
Mengangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon agar selamat

Bunga melur bunga kenanga
Cantik disusun penyeri anjung
Generasi berilmu ibarat permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung

Para Hadirin yang dihormati,
Majlis kita pada pagi ini di teruskan   dengan  upacara khatam Al-Quran yang akan disempurnakan oleh pelajar-pelajar SMK Iskandar Shah di bawah pimpinan Saudara Faridzuan bin Md.Rais. Dipersilakan.
Demikian itu tadi, tamatnya upacara khatam al-Quran daripada pelajar-pelajar SMK Iskandar Shah dengan pimpinan Saudara Faridzuan bin Md.Rais.
Hadirin yang dihormati,
Untuk menyerikan majlis kita pada pagi ini, sama-sama kita nikmati halwa telinga. persembahan  Nazam yang akan disampaikan oleh pelajar-pelajar  Tingkatan 2 SMK Iskandar Shah. Terimalah Nazam  Ramadhan Al-Mubarak. Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terimakasih atas persembahan itu tadi. Untuk makluman semua, kumpulan nazam itu tadi telah dibimbing oleh Ustazah Junaidah bte Sulong dan  En.Nasarudin bin Nasib.

Hadirin yang dihormati,
Bukan Rumput sebarang rumput,
Rumput penghias di tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Acara pagi ini diteruskan lagi dengan  menjemput Tn.Hj. Zolkaply bin Yunus, pengetua SMKIS untuk mencapaikan ucapan. Dipersilakan


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan yang merupakan amanat dan pesanan berguna kepada warga SMKIS sekalian.


Majlis kita telahpun menghampiri kemuncaknya, dengan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang dalam pertandingan-pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini. Bagi tujuan tersebut,, majlis dengan hormatnya menjemput Tn.Hj.Zolkaply bin Yunus untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bunga mawar cantik berseri
Mekar disirami si embun pagi
Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.

Alhamdulillah.. Dengan  upacara penyampaian hadiah dan  penyampaian duit raya  sebentar tadi maka Majlis Khatam Al-Quran SMK Iskandar Shah tahun 1432H bersamaan tahun masihi 2011pada kali ini sampai ke penghujungnya.