Friday, 8 June 2012

Karangan Tingkatan 3: Cara Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar













Fenomena pencemaran alam sekitar kian meruncing sehingga menjejaskan ekosistem dan kualiti kehidupan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, sudah pasti dunia kita akan mengalami kemusnahan yang lebih teruk.

Pihak kerajaan telah menggalakkan aktiviti kitar semula bertujuan untuk mengurangkan bilangan sampah yang mencemarkan alam sekitar. Barang-barang terbuang seperti tin, plastik, botol dan kertas boleh dikitar semula untuk dijadikan barang-barang yang baharu. Selain itu, kempen-kempen penjagaan alam sekitar telah dijalankan secara terancang dan meluas melalui pelbagai media massa.

Pihak kerajaan juga telah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. Pihak yang melakukan pembakaran terbuka dan pembalakan secara haram dikenakan hukuman yang sekeras-kerasnya. Akhir sekali, anak-anak perlulah diterapkan kepentingan memelihara alam sekitar melalui pendidikan di sekolah.

Konklusinya, semua pihak perlu menggalas tanggungjawab ini supaya masalah pencemaran alam sekitar yang kian meruncing ini dapat diatasi.

                                                                                    ( 126 patah perkataan )

No comments:

Post a Comment