Saturday 9 June 2012

Karangan Bahan Rangsangan Tingkatan 3: Faedah-Faedah Berkebun Sayur





Aktiviti berkebun sayur merupakan kegiatan yang digalakkan oleh pihak kerajaan. Kegiatan ini bukan sahaja boleh dilakukan secara kemersil tetapi juga untuk keperluan diri sendiri.
            
        Melalui aktiviti berkebun sayur, kita dapat menyihatkan tubuh badan. Kerja-kerja seperti menyangkul, menggemburkan tanah dan menyiram tanaman akan menyebabkan seseorang itu berpeluh dan boleh mengeluarkan toksin daripada tubuh badan. Selain itu, apabila aktiviti ini dilakukan bersama-sama keluarga, secara tidak langsung hubungan kekeluargaan dapat dieratkan.
          
          Seandainya kegiatan berkebun sayur dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan memberikan pulangan yang lumayan serta boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga. Di samping itu, aktiviti berkebun sayur juga dapat membekalkan kita sayur-sayuran yang segar dan terhindar daripada penggunaan bahan-bahan kimia seperti baja dan racun serangga.
        
    Konklusinya, semua pihak perlulah menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi hijau di negara kita.
                                                                                                            
                                                                                                                 ( 129 patah perkataan)

5 comments:

  1. Terbaik cikgu...πŸ€™πŸ» terima kasih...cikgu rahmat saya amik karangan kt sini je ehh tpi saya ubah sikitπŸ‘ŒπŸ»πŸ˜…

    ReplyDelete
  2. Ribuan terima kasih kepada cikgu rahmat

    ReplyDelete