Showing posts with label Karangan bahan Rangsangan PMR. Show all posts
Showing posts with label Karangan bahan Rangsangan PMR. Show all posts

Saturday, 9 June 2012

Karangan Bahan Rangsangan Tingkatan 3: Kepentingan Kemudahan Awam Kepada Masyarakat Setempat




Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan awam untuk kegunaan orang ramai. Antara kemudahan tersebut ialah lampu jalan raya, pondok telefon, pondok menunggu bas dan sebagainya.

Lampu jalan  dapat menerangi kawasaan sekitar terutamanya di sepanjang jalan raya. Kejadian kemalangan dapat dikurangkan kerana pemandu dapat melihat dengan jelas. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan pondok menunggu bas di merata-rata tempat. Hal ini dapat memudahkan orang ramai serta melindungi mereka daripada panas dan hujan.

Pondok telefon pula bertujuan untuk membolehkan orang awam membuat panggilan telefon terutamanya pada waktu kecemasan. Pada masa ini, pihak kerajaan telah memperbanyak bilangan kenderaan awam seperti bas, LRT dan sebagainya. Kemudahan pengangkutan awam ini dapat mengurangkan bilangan kenderaan yang semakin meningkat dijalan raya. Secara tidak langsung kesesakan di jalan raya dapat dikurangkan.
Konklusinya, kita perlulah menjaga kemudahan awam demi kepentingan semua ahli masyarakat di  negara kita.
                                                                                            ( 128 patah perkataan )

Karangan Bahan Rangsangan Tingkatan 3: Faedah-Faedah Berkebun Sayur





Aktiviti berkebun sayur merupakan kegiatan yang digalakkan oleh pihak kerajaan. Kegiatan ini bukan sahaja boleh dilakukan secara kemersil tetapi juga untuk keperluan diri sendiri.
            
        Melalui aktiviti berkebun sayur, kita dapat menyihatkan tubuh badan. Kerja-kerja seperti menyangkul, menggemburkan tanah dan menyiram tanaman akan menyebabkan seseorang itu berpeluh dan boleh mengeluarkan toksin daripada tubuh badan. Selain itu, apabila aktiviti ini dilakukan bersama-sama keluarga, secara tidak langsung hubungan kekeluargaan dapat dieratkan.
          
          Seandainya kegiatan berkebun sayur dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan memberikan pulangan yang lumayan serta boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga. Di samping itu, aktiviti berkebun sayur juga dapat membekalkan kita sayur-sayuran yang segar dan terhindar daripada penggunaan bahan-bahan kimia seperti baja dan racun serangga.
        
    Konklusinya, semua pihak perlulah menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi hijau di negara kita.
                                                                                                            
                                                                                                                 ( 129 patah perkataan)

Karangan Tingkatan 3: Langkah-Langkah Meningkatkan Sektor Pertanian Negara




          Bidang pertanian merupakan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Negara kita. Sektor ini perlu dimajukan supaya dayan pengeliaran Negara dapat ditingkatkan.
          
           Bidang pertanian memerlukan kajian dan penyelidikan yang berterusan. Melalui penyelidikan, kita mampu menghasilkan benih-benih tanaman yang berkualiti serta mampu mengeluarkan hasil yang banyak. Penggunaan racun serangga yang terkawal dapat menghindarkan serangga perosak daripada menyerang tanaman. Penggunaan baja pula mampu menyuburkan tanaman dan mengeluarkan hasil yang berkualiti.
           
        Kemudahan frasarana seperti system pengangkutan dan perhubungan perlulah ditingkatkan. Sistem pengangkutan yang sempurna akan memudahkan hasil pertanian dibawa ke bandar Akhir sekali, hasil pertanian juga boleh diproses dan  ditinkan untuk dieksport ke luar Negara. Dengan cara ini, keuntungan dapat diperoleh berlipat kali ganda di samping menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.
          
        Kesimpulannya, sektor pertanian boleh dimajukan sekiranya langkah-langkah yang efisyen dilaksanaakan.                                               
                                                                                                            ( 120 patah perkataan)

Karangan Tingkatan 3: Cara-Cara Mengisi Masa Lapang




Kita perlu mengisi masa lapang secara berfaedah. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan seperti memancing, membaca, bersukan dan sebagainya.

Bersukan merupakan aktiviti yang paling popular dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti tersebut, kita dapat mengeluarkan peluh seterusnya menyihatkan tubuh badan. Selain itu, kita juga boleh mengisi masa lapang dengan cara menonton televisyen. Televisyen merupakan alat komunikasi yang menyebarkan pelbagai berita dan maklumat terkini. Televisyen juga merupakan alat hiburan yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Aktiviti memancing pula merupakan satu cara riadah yang dapat menenangkan fikiran. Selalunya, aktiviti memancing dilakukan pada hujung minggu atau cuti kelepasan am. Akhir sekali, kita juga perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai satu cara mengisi masa lapang. Hal ini demikian kerana membaca menjadikan kita sebagai manusia yang berpengetahuan dan bermaklumat.

Konklusinya, ibu bapa perlu membimbing anak-anak agar mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
                                                                                                                   
                                                                                                ( 127 patah perkataan )

Karangan Tingkatan 3: Faktor-Faktor Berlakunya Kemalangan Di Jalan Raya




Kadar kemalangan di jalan raya telah meningkat dari semasa ke semasa. Kejadian kemalangan selalunya melibatkan kenderaan seperti kereta, motorsikal malahan pejalan kaki.

Faktor utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah kecuaian pemandu. Terdapat segelintir pemandu yang memandu sambil menggunakan telefon bimbit dan ada yang memandu di bawah pengaruh alkohol. Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu tidak mematuhi undang-undang di jalan raya. Contohnya, mereka memandu melebihi had laju, memotong kenderaan lain di garisan berkembar serta melanggar lampu isyarat.

Faktor jalan raya turut menjadi penyebab berlakunya kemalangan. Jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan mempunyai banyak selekoh akan menyukarkan pemanduan dan boleh mengundang kemalangan jika mereka tidak berhati-hati. Akhir sekali, jalan yang licin dan basah ketika hujan turut boleh membawa kecelakaan kepada pengguna jalan raya.

            Konklusinya, kita perlu menjadi pengguna jalan raya yang bertimbang rasa dan bertanggung jawab  supaya kadar kemalangan dapat dikurangkan.

                                                                                                                        126 patah perkataan

Karangan Tingkatan 3: Faedah Membaca Surat Khabar




            Surat khabar merupakan bahan bercetak yang memaparkan pelbagai berita dan rencana dan diterbitkan pada setiap hari. Masyarakat digalakkan membaca surat khabar agar dapat memperoleh pelbagai manfaat.
           
              Membaca surat khabar dapat meluaskan pengetahuan kita tentang perkara-perkara yang berlaku sama ada di dalam atau pun di luar negara. Membaca surat khabar juga merupakan aktiviti masa lapang yang berfaedah dan dapat menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang meroskkan akhlak.
          
           Selain itu, kita dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dan meluaskan kosa kata melalui surat khabar. Secara tidak langsung, kita dapat menghasilkan penulisan karangan yang menarik dan bermutu. Faedah seterusnya ialah kita dapat berkomunikasi dengan orang lain terutamanya tertang isu-isu semasa. 
         
          Konklusinya, kita perlu menyemai tabiat membaca dalam diri masing-masing kerana membaca akan menjadikan kita sebagai manusia yang berfikiran matang dan terbuka.
                                                                                                                      ( 126 patah perkataan )

Karangan Tingkatan 3: Faedah-Faedah Menjaga Kebersihan Sungai




Sungai merupakan khazanah alam yang perlu dipelihara. Menjaga kebersihan sungai akan memberikan banyak faedah kepada manusia dan hidupan lain.

Sungai yang bersih akan dapat meningkatkan sektor pelancongan dalam Negara. Hal ini demikian kerana para pelancong akan teruja untuk menikmati kebersihan dan keindahan semulajadi sungai kita. Selain itu, sungai yang bersih membolehkan hidupan air membiak dengan banyak. Secara tidak langsung dapat menambahkan sumber protin kepada manusia.

Sungai yang terpelihara juga dapat membekalkan sistem pengairan yang sempurna kepada manusia terutamanya para petani. Hal ini membolehkaan para petani menghasilkan tanaman yang subur dan meningkatkan produktiviti mereka. Sungai yang bersih turut menjadi pilihan orang ramai untuk mengadakan aktiviti riadah. Pelbagai aktiviti dapat dijalankan seperti memancing, berenang, berkayak dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti bterssebut dapat melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan produktif.

Konklusinya, semua pihak perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan sungai supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
                                                                                                            ( 126 patah perkataan )

Karangan Tingkatan 3: Kelebihan Pasar Malam




            Pasar malam selalunya diadakan pada setiap minggu di sesebuah tempat. Tujuannya adalah untuk member kemudahan kepada orang ramai untuk membeli barang-barang keperluaan harian.
           
            Terdapat pelbagai barang  dijual di pasar malam seperti sayur-sayuran, buah-buahan, makanan dan lain-lain. Barang-barang yang dijual di pasar malam juga biasanya lebih segar berbanding di pasar raya. Hal ini memberi kepuasan dan kemudahan kepada orang ramai untuk membuat pilihan terhadap apa-apa yang mereka inginkan.
           
         Orang ramai juga boleh tawar menawar sewaktu membeli barangan. Keadaan ini berbeza jika mereka berbelanja di pasar raya. Pengguna hanya akan membeli sesuatu barang sekiranya mereka berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Tambahan pula, barang-barang yang dijual di pasar malam mempunyai harga yang lebih murah dan mampu dibeli oleh pengguna yang berpendapatan rendah. Secara tidak langsung mereka dapat berjimat cermat ketika berbelanja.
           
       Kesimpulannya, pasar malam masih relevan pada masa ini dan perlu diteruskan bagi memudahkan para pengguna.
                                                                                                                  ( 129 patah perkataan )    

Friday, 8 June 2012

Karangan Tingkatan 3: Punca-Punca Berlakunya Banjir Kilat




Banjir kilat merupakan bencana yang sering berlaku di negara kita. Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai kesan negatif sama ada kepada masyarakat mahupun negara.

Banjir kilat berlaku disebabkan perbuatan manusia membuang sampah ke dalam parit, longkang dan sungai menyebabkan aliran air tersekat. Akibatnya, hujan lebat akan menyebabkan air melimpah keluar ke jalan raya dan kawasan petempatan hingga berlakunya banjir kilat.       
           
           Penerokaan hutan yang berleluasa turut menjejaskan kawasan tadahan hujan. Kawasan bukit atau tanah tinggi yang gondola menyebabkan air tidak dapat diserap ke dalam tanah. Kesannya, aliran air yang laju ketika hujan lebat telah mempercepat  kejadian banjir kilat.
           
          Ketika banjir kilat terjadi, keadaan lalu lintas akan menjadi sesak terutamanya di Bandar. Selain itu, para petani mengalami kerugian apabila ternakan dan tanaman mereka musnah.Akibatnya, sumber pendapatan mereka akan terjejas.
           
       Kesimpulannya, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan drastik supaya kejadian banjir kilat dapat ditangani.
                                                                                                            ( 125 patah perkataan )

Karangan Tingkatan 3: Aktiviti Sempena Pesta Flora




Pesta flora merupakan program tahunan yang telah diadakan di negara kita. Pelbagai aktiviti boleh diadakan untuk menarik minat orang ramai datang menjayakan program tersebut.
            
                     Pertunjukkan menggubah bunga merupakan aktiviti yang mendapat perhatian  kaum wanita khususnya suri rumah tangga.  Dalam pertunjukkan tersebut, seorang penggubah bunga yang berpengalan telah member tunjuk ajar  kepada golongan wanita teknik menggubahn bunga yang betul dan menarik. Pertandingan orkid turut diadakan. Pertandingan tersebut telah mendaapat sambutan yang begitu memberangsangkan. Orang ramai dapat menyaksikan pelbagai jenis orkid yang cantik dan subur dalam pertandingan tersebut.
            
                         Pesta flora turut mempamerkan perarakan kereta berhias yang mewakili pelbagai jabatan sama ada kerajaan mahupun swasta. Pelbagai kenderaan dihias dengan bunga-bungaan yang unik. Orang ramai begitu teruja dengan kreativiti yang dipertontonkan oleh pemilik kenderaan tersebut.

                      Konklusinya, pesta flora perlu diadakan pada setiap tahun sebagai satu cara untuk memupuk minat dan cinta terhadap flora .
                                                                                                                      ( 129 patah perkataan )

Karangan Tingkatan 3: Amalan Hidup Sihat













Amalan gaya hidup sihat perlu dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat. Antara amala yang perlu  dilakukan adalah dengan mengambil makanan yang seimbang, melakukan senaman dan sebagainya.

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang dan memperbanyak pengambilan  buah-buahan serta sayur-sayuran dalam diet seharian.Hal ini penting kerana pemakanan yang seimbang akan mengelakkan kita daripada mengalami obesiti dan pelbagai  penyakit  kronik. Pemeriksaan kesihatan secara berkala juga perlu dilakukan. Tujuannya adalah untuk memastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Kita juga perlu bergiat aktif dalam persatuan atau pasukan beruniform. Melalui kegiatan ini , kita dapat mengisi masa lapang scara berfaedah di samping mempunyai kenalan dan sahabat yang ramai. Amalan gaya hidup sihat dapat melahirkan golongan masyarakat yang aktif dan berkualiti untuk menyumbang kepada pembanguna negara.

Tuntasnya,  kita semua perlu mengamalkan gaya hidup sihat supaya kehidupan menjadi lebih bermakna dan ceria.
                                                                                                                                           
                                                                                                    (128 patah perkataan )                                                                                                                    
                                                             


Karangan Tingkatan 3: Permainan Tradisional

  


     Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada masa ini. Antara jenis permainan tradisonal yang ada di negara kita ialah wau, gasing, congkak dan sebagainya.
              
   Pada masa dahulu, permainan tradisional telah dijadikan sebagai sumber hiburan kepada masyarakat. Contohnya, pertunjukan permainan tradisional  diadakan semasa sesuaatu majlis keramaian atau semasa pesta kebudayaan. Hal ini dapat member hiburan kepada orang ramai di samping memupuk minat mereka terhadap permainan tradisional.
              
  Permainan tradisional perlu dikekalkan kerana mempunyai keunikan yang tersendiri. Pihak sekolah haruslah menubuhkan Kelab Permainan Tradisional bagi mendedahkan generasi muda dengan pelbagai  jenis permainan tersebut. Melalui kelab tersebut, pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara sesuatu permainan itu dimainkan.
              
  Pihak media massa perlu memainkan peranan dengan menyiarkan rancangan yang berkisar tentang permainan tradisonal.  Langkah tersebut sudah pasti dapat menarik perhatian golongan muda untuk mengenali permainan tradisional.
                
Konklusinya, permainan tradisional perlu dikekalkan supaya warisan nenek moyang ini tidak luput ditelan zaman.
                                                                                            ( 128 patah perkataan )

Karangan Tingkatan 3: Langkah-Langkah Mengelakkan Kemalangan Jalan raya




Kemalangan di jalan raya merupakan satu tragedi yang  begitu banyak meragut nyawa manusia. Walau pun pelbagai kempen keselamatan di jalan raya telah diuar-uarkan, namun angka tragedi tersebut terus meningkat hingga membimbangkan banyak pihak.

Salah satu cara untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya adalah dengan memastikan kondisi kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik.  Kenderaan hendaklah di servis secara berkala supaya tayar, brek, lampu isyarat dan enjin dapat berfungsi dengan sempurna. Selain itu, kita jangan sesekali memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Sekiranya kita memandu di lebuh raya, kita perlulah berhenti untuk merehatkan badan di kawasan ‘Rehat dan Rawat’ (R&R) yang disediakan.

Sebagai pemandu yang berhemah, kita seharusnya sentiasa mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Memandu melebihi had laju menyebabkan kita sukar untuk mengawal kenderaan apabila berhadapan dengan sesuatu kecemasan secara tiba-tiba. Pihak polis pula perlulah sentiasa melancarkan pelbagai operasi dan mengenakan kompaun yang setimpal terhadap pesalah jalan raya. Operasi’ Ops Sikap’ merupakan antara langkah berkesan yang telah dijalankan bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara kita.

Konklusinya, kemalangan  dapat dielakkan sekiranya kita semua dapat mengawal emosi ketika berada di jalan raya.  
( 126 patah perkataan )

Karangan Tingkatan 3: Cara Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar













Fenomena pencemaran alam sekitar kian meruncing sehingga menjejaskan ekosistem dan kualiti kehidupan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, sudah pasti dunia kita akan mengalami kemusnahan yang lebih teruk.

Pihak kerajaan telah menggalakkan aktiviti kitar semula bertujuan untuk mengurangkan bilangan sampah yang mencemarkan alam sekitar. Barang-barang terbuang seperti tin, plastik, botol dan kertas boleh dikitar semula untuk dijadikan barang-barang yang baharu. Selain itu, kempen-kempen penjagaan alam sekitar telah dijalankan secara terancang dan meluas melalui pelbagai media massa.

Pihak kerajaan juga telah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. Pihak yang melakukan pembakaran terbuka dan pembalakan secara haram dikenakan hukuman yang sekeras-kerasnya. Akhir sekali, anak-anak perlulah diterapkan kepentingan memelihara alam sekitar melalui pendidikan di sekolah.

Konklusinya, semua pihak perlu menggalas tanggungjawab ini supaya masalah pencemaran alam sekitar yang kian meruncing ini dapat diatasi.

                                                                                    ( 126 patah perkataan )

Karangan Tingkatan 3: Sebab-Sebab Pelajar Ponteng Sekolah




Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Gejala ini perlu diatasi supaya tidak menjejaskan masa hadapan mereka.

Terdapat sebilangan pelajar berjaga hingga lewat malam kerana menonton televisyen atau melayari internet. Akibatnya, mereka sukar untuk bangun pagi kerana keletihan dan masih dibelenggu rasa mengantuk. Ponteng sekolah juga berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang tidak berminat terhadap pelajaran. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai motivasi diri atau aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang kurang menarik.

Gejala ini juga berlaku berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Terdapat sesetengah pelajar ponteng sekolah kerana menghabiskan masa bersama-sama rakan mereka sama ada di kafe siber, pusat snooker atau melepak di pasar raya. Akhir sekali, kurangnya pemantauan daripada ibu bapa turut menjadi penyebab ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.
Sebagai intihar, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar perlu diatasi oleh semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, polis dan sebagainya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

(125 patah perkataan )

Karangan Tingkatan 3: Faedah Melaksanakan Kempen Bumi Hijau


       Alam sekitar semakin tercemar sehingga menimbulkan impak negatif terhadap manusia dan hidupan lain di muka bumi ini. Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan Kempen Bumi Hijau bagi mengurangkan kadar pencemaran tersebut.
        
Kempen  Bumi Hijau dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan suhu bumi yang semakin tinggi. Kerajaan telah menyediakan hutan simpan agar flora dan fauna di bumi kita ini tidak mengalami kepupusan. Selain itu, kempen ini dapat mengurangkan pencemaran udara serta lain-lain bencana seperti kejadian tanah runtuh, hujan asid dan hakisan tanah.
        
Kempen ini juga dapat meningkatkan ekonomi negara dalam sektor pelancongan. Hutan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang subur akan menjadi tarikan pelancong untuk melawat tempat-tempat tersebut. Kempen Bumi Hijau ini juga dapat mewujudkan suasana yang nyaman dan tenang.

Konklusinya, Kempen Bumi Hijau merupakan satu usaha murni pihak kerajaan untuk memastikan bumi kita terselamat daripada kemusnahan.

Karangan Tingkatan 3: Usaha-Usaha Untuk Meningkatkan Hasil Pertanian


Bidang pertanian merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi negara yang utama. Hasil pertanian di negara kita bukan sahaja untuk kegunaan domestik tetapi turut dieksport ke luar negara.
                Agensi-agensi kerajaan yang terbabit seperti  Jabatan Pertanian, FAMA , MARDI dan sebagainya perlulah memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada para petanimemberi kemudahan pinjaman kepada para petani yang berhasrat untuk menjalankan kegiatan tersebut secara komersial. terutamanya dalam hal-hal seperti  kaedah pertanian serta pemasaran. Agensi kewangan pula seperti Bank AGRO hendaklah
                Para petani perlulah berusaha untuk meningkatkan mutu hasil tanaman masing-masing supaya dapat memenuhi kehendak pengguna. Selain itu, masyarakat tempatan sendiri memainkan peranan dengan mengutamakan keluaran tempatan berbanding hasil tanaman yang diimport.

                Konklusinya, setiap pihak haruslah mempunyai kesedaran untuk membantu golongan petani dalam meningkatkan mutu hasil pertanian negara khasnya dan taraf hidup petani amnya.

( 128 patah perkataan )